Thursday, 22 January 2015

Sangka


Alkisah sebuah rumah... renungan untuk semua...
Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter.
“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “
Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.
"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”
Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”
Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.
“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“
Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba
jadi orang lain.
Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik

Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya
Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka
"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12) 

Niat Tak Menghalalkan Cara

"Kau buat apa berdua-duan dengan mamat tu tadi kat bawah?"
"Buat apa lagi..study la..kan minggu exam ni.."
"Kenapa kau study dengan dia? Takde perempuan lain yang boleh tolong kau ke?"
"Sebab dia pandai la..aku study dengan dia.."
"Kalau dia pandai, kau yakin ke kau akan pandai macam dia?"
"At least aku fahama kalau dia ajar..kalau orang lain tu, aku memang tak faham apa yang diorang ajar..buat serabut kepala aku je.."
"Kau tahu tak..kat sekolah aku dulu..ada seorang mamat ni, pandai gila..dan ramai la gegirls yang study group or study berdua dengan dia ni..maklumlah..nak 'serap ilmu' katanya..tapi kan..ada la sseorang budak perempuan ni, tak pernah pun study dengan mana-mana lelaki tak kira la berkumpulan ke, berdua ke..tapi kau tahu tak, dia tu selalu jadi best student kat sekolah aku sampai la ke universiti.."
"So, apa point kau sebenarnya?"
"Aku takde point pun sebenarnya..tapi, aku cuma nak kau fikir, kenapa dia boleh berjaya macam tu? Even dia tak study dengan lelaki pun? Sebab dia suka study dengan budak perempuan, banyak ajar kami..dia selalu kata, berdua-duan dengan ajnabi alasan study tu hanya satu dosa yang dihiasi. Kau yakin ke kau faham tu sebab dia ajar, atau kau lebih tertarik sebab dia tu seorang lelaki? Syaitan dah berjaya memperdayakan kau. Kau ingat, tak berdosa pun kan? Tapi, aku yakin, masa kau study berdua dengan dia tu, ada gelak-gelak, duduk dekat-dekat, saling berpandangan..apakah?? Kau..."
"Ok..stop..kau kalau nak berceramah, aku boleh tolong prepare kan mic kat surau tu..bukan kat sini.."
"Fine..tapi sebelum aku pergi berceramah kat surau, aku harap kau pegang kata-kata aku ni..kau mungkin berjaya, tapi yakinkah Allah redha dengan kejayaan kau? Sesuatu yang diselaputi maksiat tidak mungkin mengundang keredhaan Allah.."
"....."
"Bila kau nak pergi pasang mic kat surau? Aku nak gi ceramah pasal pentingnya mencari keberkatan dalam menuntut ilmu dan cahaya Allah (ilmu) tak akan tembusi hati orang yang bermaksiat.."
"Erk...surau kolej kat mana ek??"
********
Tak perlu nak study dengan ajnabi. Bukankah dah ramai sama jantina yang pandai-pandai?
Lelaki study dengan lelaki, perempuan study dengan perempuan.
Barulah terjaga hati, iman, mata, dan segala-galanya.
Dan in shaa Allah..ilmu itu senang nak melekat dalam kepala.
Jangan cari alasan untuk halalkan maksiat.
Ibaratnya ingin menutup bau tahi ayam dengan perfume Enchanteur. 
Eh??
Selamat study lillahita'ala semua..
Semoga Allah redha dengan usaha kita semua..
Wallahua'lam.
InniAkhafullah...